Monday, 4 June 2012

LOGO SEKOLAH



WARNA

§  Putih
Melambangkan kebersihan, ketekunan, berilmu, kejayaan
         dan keamanan yang disemaikan di sekolah yang tertulis di tapak putih itu

§  Biru
Melambangkan perpaduan dan muhibbah di antara murd di sekolah ini

§  Merah
Melambangkan keteguhan dan ketekunan

RUPABENTUK


Dalam bulatan di tengah-tengah dibahagikan pada empat petak:-

• Petak sebelah kiri atas mengandungi huruf BH dan petak sebelah    kanan bawah mengandungi ES. Huruf ini disatukan menjadi BHES ( Bandar Hilir English School ) yang melambangkan sebuah sekolah yang tertua dalam negeri Melaka yang diasaskan dalam tahun 1908
• Petak sebelah kanan atas gambar Kota A Farmosa melambangkan   sejarah silam Negeri Melaka
• Petak kiri bawah melambangkan bunga bangsa

Friday, 1 June 2012

SEJARAH SEKOLAH



TAHUN      LATAR BELAKANG / URUTAN PERISTIWA

1908          Nama asal bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir telah diasaskan iaitu “Malacca Government Preparetory School "
1908          Dua orang perempuan adik- beradik berbangsa Inggeris iaitu Cik Isabella Willian dan Clive William telah ditugaskan menubuhkan Darjah 1. Cik Isabell menjadi Guru Besar yang pertama dengan murid berjumlah 26 orang. Cik  Clive pula menjadi Guru Penolong Kanan. Yuran dikenakan RM 1.00
1909               Cik Isabella Willian telah meletakkan jawatan dan diganti oleh
En. R.C. Dredge dengan bilangan murid 79 orang.
1915                Cik Richards menjadi Guru Besar.
1916                Bilangan muridnya bertambah menjadi 105 orang.
1920                Bilangan muridnya seramai 123 orang dan dibahagikan kepada 4 kelas.
1922                Bangunan Maktab Perguruan Melayu Melaka iaitu bangunan lama SKBH sekrang ini telah diserahkan kepada “Malacca Government Preparetory School “ kerana maktab tersebut telah dipindahkan di Tanjung Malim. Kemudian namanya ditukar kepada “Bandar Hilir English School "( BHES )
1923              Bilangan murid bertambah lagi menjadikan 324 orang murid. Bayaran sekolah dinaikkan pada RM 2.00
1926                Bayaran sekolah dinaikkan pada RM 2.50 setahun.
1927-1934       Captain O.G. Williams menjadi Guru Besar. Kelas khas untuk murid Melayu dibuka dengan nama “Special Malay Class”. Kebanyakan murid di seluruh negeri  Melaka datang belajar di BHES. Dalam tahun ini juga pertukaran murid-murid dari BHES ke Tengkera Engliah School – untuk ke sekolah menengah semua murid BHES telah dihantar ke High School, Melaka
1935                En. E.A.H. Ellis telah menjadi Guru Besar. Pentadbiran sekolah teratur dengan penggunaan rekod pendaftaran dan jadual kedatangan yang lengkap. Kemudian En. E.W. Reeve menjadi Guru Besar. ( tarikh tidak diketahui )
1941-1942       Jawatan Guru Besar dipegang oleh P.F. Pereira


PERKEMBANGAN INSTITUSI

1922-1950       8 bilik darjah di bangunan lama bekas bangunan MPPM digunakan
1951                2 blok bangunan bawah yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah
dibina di hujung padang berdekatan Jalan Chan Koon Cheng. Satu blok mengandungi 5 buah bilik darjah telah dibia berdekatan bangunan asal. Bilangan murid adalah 608 orang
1960                Bilangan murid meninglat seramai 1671 orang. Murid datang pagi dan
petang kerana bilik darjah tidak mencukupi. Kemudian BHES telah dibahagikan pada BHES (1) dan BHES (2) iaitu sessi pagi dan petang. Tiap-tiap satu dibawah pentadbiran Guru Besar yang berlainan.
1972                Pembinaan 2 blok 1 tingkat yang mengandungi 14 bilik darjah lengkap
Dengan bilik Guru Besar, pejabat, tandas dan kantin. Sekarang bangunan sekolah ini mengandungi 7 blok yang didirikan dalam kawasan 2 ekar 3 rd 25 pole termasuk padang.


SEJARAH SEKOLAH

1908-1922       Diberi nama “ Malacca Government Preparetory School”
1923-1975       Diubah pada “ Bandar Hilir English School “
1976                Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan semua sekolah Inggeris ditukar   pada SRK menjadikan “ Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir”



BAHASA PENGANTAR

1908 – 1970    Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar sepenuhnya
1970                Bahasa pengantar semua sekolah kerajaan dikehendaki dalam Bahasa Malaysia.